Jose Mourinho tidak berminat untuk membincangkan bagaimana untuk melengahkan Manchester City daripada menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), sebaliknya memberikan tumpuan kepada cabaran Manchester United untuk menamatkan saingan di tangga kedua liga.

City tewas mengejut 3-0 kepada Liverpool dalam aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL), sekaligus memberikan semangat buat Mourinho mengatur perancangan bagaimana untuk mengatasi The Citizens.

Bagaimanapun, pengendali United itu menepis soalan mengenai pendekatan yang telah digunakan Liverpool dengan menegaskan, "Saya bukan pengulas, jadi saya enggan mengolah apa-apa daripada perlawanan tersebut."

Satu-satunya perkara yang ditawarkan oleh pengendali kelahiran Portugal itu adalah dia percaya bahawa United memiliki jentera serangan yang harus digeruni oleh tuan rumah.

"Motivasi saya adalah untuk mengakhiri saingan di tangga kedua. Saya juga masih memiliki motivasi untuk memastikan pasukan mengakhiri kempen dalam kelompok empat terbaik.

"Kami mempunyai jarak yang baik tetapi segalanya belum berakhir.

"United akan cuba meraih mata penuh dalam aksi di Stadium Etihad," katanya.

Phil Jones, Marcos Rojo, Danny Blind dan Ander Herrera telah kembali menjalani latihan bagi menghadapi aksi 'derby' Manchester -- hanya penjaga gol, Sergio Romero, yang masih belum pulih sepenuhnya.