Mourinho temui ramuan serlah potensi Pogba -- Ferdinand

By Stefan Coerts 22 December 2016
 Mourinho temui ramuan serlah potensi Pogba -- Ferdinand
Bekas pemain pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand, berasakan Jose Mourinho sudah menemui formasi yang mampu menyerlahkan keupayaan terbaik Paul Pogba.

Pemain tengah Perancis itu bergelut untuk menepati jangkaan di Old Trafford susulan perpindahan rekod dunianya dari Juventus, namun dia mula menyinar dalam beberapa minggu ini yang menyaksikan United mengharungi 10 perlawanan tanpa kalah. 

Ferdinand percaya keputusan Mourinho meletakkan Michael Carrick dan Ander Herrera untuk menyokong Pogba adalah kunci kepada kebangkitan United. 

"Saya tidak fikir Jose tahu kesebelasan terbaiknya buat beberapa ketika, namun dalam beberapa perlawanan lalu, anda akan mendapati dia meletakkan tiga pemain tengah, Herrera, Carrick dan Pogba, secara konsisten," kata Ferdinand kepada laman rasmi United. 

"Saya berasakan anda telah melihat keseimbangan yang lebih baik di bahagian tengah, saya harap kami mula mengancam sekarang.

"Sebelum ini, United bergelut untuk mendapatkan keseimbangan dan gandingan serta kombinasi terbaik, dan saya percaya Mourinho mungkin telah mengenal pasti mereka bertiga. 

"Ia membolehkan Paul bergerak bebas untuk mencetuskan gerakan berbahaya dan ini bermakna dia boleh berkeliaran lebih sedikit."

About Author

Stefan Coerts

Comment