Mourinho tekad pastikan Rooney kekal di Old Trafford

By Amirul Azreen 29 October 2016
Mourinho tekad pastikan Rooney kekal di Old Trafford

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho, menegaskan kapten pasukan, Wayne Rooney, tidak akan meninggalkan kelab itu dalam masa terdekat.

Rooney telah dikaitkan dengan perpindahan sejak kehilangan tempatnya dalam kesebelasan utama.

Kelab Itali, Inter Milan, dikhabarkan antara pasukan yang berminat mendapatkan tandatangan pemain itu manakala pengendali Everton, Ronald Koeman, mengakui tertarik membawa pemain itu kembali ke kelab asalnya.

Bagaimanapun, Mourinho bertekad memastikan Rooney tidak dibenarkan untuk berhijrah.

"Kamu boleh tulis apa sahaja tentang Wayne tetapi semua itu tidak benar," Mourinho memberitahu media.

"Saya tahu dia pemain yang saya perlukan dan saya juga tahu dia mampu bermain di tahap terbaik.

"Saya tidak tahu apa yang berlaku apabila dia mencecah usia 32, 33, 34 atau 35 tahun (Rooney akan mencecah usia 31 tahun minggu ini).

"Apa yang saya boleh perkatakan, dia seorang pemain yang bagus. Pemain yang penting buat kami. Dia tidak akan ke mana-mana.

"Kami sukakannya. Dia tidak gembira dengan perlawanan sebelum ini kerana dia terpaksa memanaskan bangku simpanan.

"Kami tidak berdepan sebarang masalah. Rooney akan kembali pada Sabtu."

Kontrak Rooney akan berakhir pada bulan Jun 2019.
 

About Author

Amirul Azreen

Comment