Mourinho salahkan kesilapan ketara pertahanan punca kekalahan

By Tom Webber 24 October 2016
Mourinho salahkan kesilapan ketara pertahanan punca kekalahan

Jose Mourinho berkata kesilapan ketara di barisan pertahanan harus dipersalahkan hingga mengakibatkan Manchester United dibelasah 4-0 ketika berdepan Chelsea di Stamford Bridge, semalam.

Pengurus berbangsa Portugis itu kembali untuk berdepan Chelsea buat kali pertama sejak pengundurannya Disember lalu dan ia bermula dengan buruk buat United, dengan Pedro membuka tirai jaringan selepas hanya 30 saat.

Gary Cahill menjadikan kedudukan 2-0 apabila bola terbias daripada Ander Herrera dari satu sepakan sudut sambil kedua-dua Eden Hazard dan N'Golo Kante menggelecek melepasi Chris Smalling untuk melengkapkan jaringan buat tuan rumah.

Mourinho berasakan gol awal itu mengubah permainan sepenuhnya dan kecewa melihat pasukannya terus terhukum dalam serangan balas.

“Dari minit pertama lagi anda menganalisis jaringan dan anda serta-merta melihat apa yang terjadi. Kami melakukan kesilapan ketara di bahagian pertahanan. Kesilapan bertahan individu dan anda terhukum kerananya,” katanya kepada Sky Sports.

“Jika anda menyamakan kedudukan atau menjaringkan gol untuk kedudukan 2-1 selepas sebelumnya 2-0, anda berpeluang besar kerana dari segi bola sepak, pasukan adalah agak selesa.

"Dengan adanya strategi, anda tidak boleh membiarkan lawan menyumbat gol pada minit pertama dan selepas itu, permainan berubah sepenuhnya. Segala perancangan tidak bermakna lagi tapi kami bercadang untuk mengambil pendekatan menyerang.

“Kami mahu mencipta peluang-peluang, kami mahu menjaringkan gol-gol. Kami menunjukkan itu dengan serta-merta selepas kedudukan 1-0 dan kami memiliki peluang-peluang. Saya fikir pada kesudahannya, (Thibaut) Courtois lebih banyak menyelamatkan keadaan daripada (David) De Gea.

"Saya memberitahu pemain-pemain yang kami perlu mengambil risiko dalam separuh masa kedua dengan kesedaran mereka sangat bagus dalam serangan balas. Tapi jika kami dapat menjaringkan gol seperti yang kami hampir lakukan, permainan harus berubah sama-sekali tapi ia adalah salah satu hari di mana kami memberi kelebihan kepada lawan.

"Mereka mendahului 2-0 selepas 20-25 minit. Selepas itu, mereka bermain dengan baik, mereka bertahan dengan padu dan mereka menggunakan apa yang terbaik yang mereka miliki, iaitu serangan balas.

“Dalam separuh masa kedua, kami bermain dengan (Marcus) Rashford menerusi tengah untuk menghasilkan lebih banyak pergerakan dari posisi Zlatan (Ibrahimovic).

“Kami bermain dengan dua pemain tengah dan kami tidak ada masalah, kami mengawal permainan. Tapi kawalan itu sedikit berbahaya kerana Chelsea memiliki pemain-pemain hebat dalam serangan balas dan mereka mereka hanya menanti untuk melakukannya.”

Selepas gol keempat, penonton Chelsea menyorakkan nama Mourinho dan pengurus United itu berkata dia mendapat layanan seperti dijangkakannya.

“Saya tidak menjangkakan sesuatu yang berbeza. Orang ramai di dalam terowong adalah rakan-rakan dan penonton juga berkelakuan dengan cara yang biasa.”

 

About Author

Tom Webber

Comment