Mourinho punya sebab sukar ulangi pencapaian Real Madrid di Old Trafford

By Joe Wright 21 March 2017
 Mourinho punya sebab sukar ulangi pencapaian Real Madrid di Old Trafford
Jose Mourinho memenangi LaLiga, Copa del Rey dan Supercopa de Espana sepanjang tiga musim di Santiago Bernabeu sebelum kembali ke England untuk mengambil alih Chelsea buat kali kedua.

Di bawah asuhan pengurus berusia 54 tahun itu, Madrid menjaringkan gol terbaik dalam kempen liga -- 121 gol -- ketika memenangi gelaran mereka pada 201, manakala mereka juga memenangi rekod 16 perlawanan di tempat lawan dan menjadikan kepada 32 perlawanan secara keseluruhan -- satu angka yang diulangi Barcelona setahun kemudian.

United telah menunjukkan kemajuan sejak Mourinho menggantikan Louis van Gaal sebagai pengurus tetapi sering dipersoalkan mengenai jentera penyudah musim ini ekoran kegagalan menjaringkan gol dalam aksi menentang Burnley dan Bournemouth dan hanya tiga kali tidak dibolosi dalam sebuah perlawanan.

Mourinho mendakwa dia akan dicemuh jika mengetengahkan gaya serangan balas di Old Trafford tetapi mengakui bahawa keupayaan United adalah terhad dari segi kepantasan. 

Ditanya sama ada dia tidak suka bermain berdasarkan penguasaan bola, dia memberitahu France Football: "Itu tidak benar.

"Musim ini, kami mempunyai peratusan besar penguasaan bola dalam hampir semua perlawanan kami. Tetapi sekali lagi, segala-galanya bergantung kepada ciri-ciri teknikal.

"Pemain yang anda ada untuk membolehkan pasukan mencapai kemenangan.

"Kadang-kadang, orang keliru antara penguasaan bola berdasarkan jumlah jaringan. Mereka lupa bahawa tujuannya adalah untuk sentiasa menjaringkan gol dan menang. 

"Di Real, saya mempunyai sebuah pasukan yang memecahkan rekod bilangan gol yang dijaringkan dalam sejarah Liga Sepanyol, iaitu 121 gol semusim.

"Ia adalah yang terbaik di dunia dari segi peralihan permainan, dari segi keberkesanan untuk bertahan dan kemudian dari segi mengatur bola ke arah gawang.

"Jawapannya mengagumkan."

"(Ketika itu) Cristiano Ronaldo berusia 27 tahun, Angel Di Maria berusia 23 tahun, Karim Benzema dan Gonzalo Higuain berusia 23 atau 24 tahun. Ia adalah pasukan yang membunuh semua orang. Kenapa saya mahu mengubahnya?

"Oleh kerana pasukan Manchester United adalah berbeza, mereka lebih perlahan. Mereka tidak mempunyai pemain pantas tetapi keinginan untuk menguasai bola bagi mendominasi permainan.

"Zlatan Ibrahimovic memerlukan sentuhan bola untuk bermain. Begitu juga Ander Herrera, Michael Carrick dan Paul Pogba. Kadang-kadang dalam 20 minit terakhir, saya cuba meneroka pilihan lain dan saya meletakkan Marcus Rashford ke arah yang lain. 

"Tetapi secara amnya, saya cuba untuk mengaitkannya dengan sifat-sifat yang dimiliki pemain saya.

"Pasukan saya akan bermain dengan cara ini atau cara itu kerana ia sepadan dengan pemain yang ada. Ia adalah semudah itu. 

"Jika saya cuba untuk bermain secara serangan balas di Manchester United, saya pasti teruk.

"Jika anda mahu menguasai bola dengan pemain yang gemar menggelecek bola, mengambil risiko maksimum dan melancarkan serangan pantas, saya akan membunuh potensi pemain.

"Saya boleh mengarahkan Di Maria yang lebih pantas daripada anak panah: 'Anda tidak perlu menggelecek, anda perlu bermain dengan satu sentuhan, membuat hantaran bola kerana saya tidak mahu tewas', tetapi saya lebih suka untuk bermain dengan kualiti yang ada pada pemain saya."


About Author

Joe Wright

Comment