Pengendali Manchester United, Jose Mourinho, menafikan dakwaan kelab itu akan menandatangani khidmat pemain pertahanan meskipun kehilangan Eric Bailly yang beraksi dalam Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).

The Red Devils telah dikaitkan dengan perpindahan pertahanan Southampton, Jose Fonte, dan Victor Lindelof dari Benfica bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Bailly.

Namun, Mourinho berkata dia akan terus mengharapkan gandingan Chris Smalling, Marcos Rojo dan Phil Jones sehingga kepulangan Bailly.

"Saya akan tunggu Bailly kembali. Saya harap tiga pemain pertahanan ini akan dapat mengawal situasi sementara ketiadaan Bailly," dia memberitahu akhbar UK.

"Saya akan cuba merehatkan seorang pemain dalam setiap perlawanan. Pada Sabtu, saya akan merehatkan seorang pemain dan saya akan membuat perubahan itu bila perlu.

"Kami masih mempunyai Daley Blind dan Michael Carrick sekiranya kami terdesak."