Mourinho: Mkhitaryan semakin berbisa

By Joe Wright 27 December 2016
Mourinho: Mkhitaryan semakin berbisa

MANCHESTER UNITED 3 SUNDERLAND

Jose Mourinho percaya Henrikh Mkhitaryan sudah mula menemui rentak untuk beraksi bersama Manchester United hasil sokongan penyokong di Old Trafford.


Pemain kebangsaan Armenia itu tampil sebagai pemain gantian untuk menjaringkan satu gol ketika The Red Devils melakar kemenangan 3-1 ke atas Sunderland. 

Ini merupakan penampilan pertamanya sejak mengalami kecederaan ketika menang 1-0 ke atas Tottenham, 11 Disember lalu.

Pemain berusia 27 tahun itu meledak gol ketiganya buat United selepas menampan masuk hantaran silang Zlatan Ibrahimovic dan Mourinho menyifatkan dia sudah semakin selesa beraksi bersama pasukan.

"Sepanjang kariernya, dia menghasilkan gol yang menarik," kata Mourinho. "Dia merupakan seorang pemain yang bekerja keras dan sangat kreatif.

"Saya sangat gembira kerana dia sudah kembali pulih daripada kecederaan dan penyokong di Old Trafford menyukai aksinya.

Pemain pertahanan, Daley Blind, juga memberikan pujian kepada persembahan Mkhitaryan, "Mkhi adalah seorang pemain yang bagus dan dia telah menjaringkan gol dengan baik."

United kini telah memenangi lima perlawanan berturut-turut dan 11 perlawanan tanpa kalah dalam semua pertandingan.

About Author

Joe Wright

Comment