Mourinho mahu dapatkan khidmat Pogba ketika di Chelsea lagi -- Raiola

By Staff Writer 30 September 2016
Mourinho mahu dapatkan khidmat Pogba ketika di Chelsea lagi -- Raiola
Ejen Paul Pogba, Mino Raiola, mendedahkan pengurus Manchester United, Jose Mourinho, mahu mendapatkan khidmat pemain Perancis itu untuk bersama Chelsea ketika dia bertanggungjawab di Stamford Bridge.

Jurulatih dari Portugal itu mendapatkan kidmat Pogba dengan jumlah bayaran termahal (rekod dunia) pada bulan Ogos lalu untuk membawa pemain itu ke United semula, kelab yang telah ditinggalkannya pada 2012.

Bagaimanapun, pemain tengah berusia 23 tahun itu sepatutnya menyarung jersi Chelsea pada tahun 2015 tetapi langkah tersebut telah dihalang oleh perjanjian di antara ejennya dan Juventus.

"Pogba boleh meninggalkan [Juventus] pada tahun lalu kerana Mourinho -- kemudian ke Chelsea -- dia benar-benar mahukannya," Raiola memberitahu Rai Sport.

"Tetapi Juventus dan saya mempunyai perjanjian: memenangi kejuaraan liga dan Liga Juara-Juara, maka dia boleh berpindah."

Pogba menjaringkan gol pertamanya untuk United pada Sabtu lalu, jaringan yang dihasilkan menerusi tandukan ketika menampilkan aksi yang menakjubkan dengan anak buah Mourinho menewaskan juara Liga Perdana, Leicester City, 4-1.

About Author

Staff Writer

Comment