Jose Mourinho menjelaskan bahawa penyerang Manchester United, Romelu Lukaku, sedang mengalami saat yang buruk beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Lukaku menjaringkan tujuh gol dalam 20 perlawanan selepas bermula baik pada permulaan musim 2017-18.

Pemain yang bernilai GBP75 juta (RM411 juta) dari Everton itu hanya menjaringkan tiga gol dalam 13 perlawanan manakala kesilapannya ketika bertahan menghukum pasukan ketika tewas 2-1 kepada Manchester City dan seri 2-2 dengan Burnley.

Menjelang pertemuan dengan Southampton hari ini, Mourinho mencadangkan kepenatan menjadi halangan utama Lukaku untuk dilihat sebagai penyerang utama manakala kehadiran Zlatan Ibrahimovic yang kembali pulih daripada kecederaan gagal membantunya.

"Tiada siapa yang perlu berterima kasih kepada Lukaku -- kecuali saya," katanya.

"Bukan anda (wartawan), bukan penyokong, bukan untuk pengulas -- saya yang perlu berterima kasih.

"20 perlawanan EPL, 90 minit, untuk mana-mana pemain, ia adalah sesuatu yang menakjubkan.

"Tetapi jika anda seorang pemain pertahanan atau tengah, anda berada dalam posisi yang boleh mengawal tenaga untuk kekal konsisten dalam tempoh yang panjang.

"Untuk penyerang dalam saingan EPL beraksi dalam 20 perlawanan tanpa henti, saya perlu berterima kasih di atas usahanya.

"Adakah dia bernasib baik sejak kebelakangan ini? Dia merupakan antara pemain yang berpengaruh tetapi tidak bernasib baik kerana berada dalam situasi yang kurang baik ketika lawan menjaringkan gol.

"Lukaku adalah seorang pemain yang memiliki tahap fizikal yang sangat baik tetapi dia bukan mesin tetapi dia berasakan sedemikian.

"Zlatan adalah seorang pemain yang baru kembali daripada kecederaan yang mampu menamatkan karier pemain yang berusia 20 tahun. Kami perlu terus melihat ke hadapan dan berusaha memperbaiki kelemahan kami," katanya.

United berdepan Southampton buat kali kedua dalam saingan EPL tetapi ketinggalan 15 mata di belakang pendahulu liga, Manchester City.