Mourinho, Klopp, Wenger cemburui saya -- Conte

By Sacha Pisani 4 January 2017
Mourinho, Klopp, Wenger cemburui saya -- Conte

Pengurus Chelsea, Antonio Conte, berkata pencabar mereka cemburu melihat prestasi semasa Chelsea yang selesa berada di persada liga.

Skuad bimbingan Conte bakal berdepan Tottenham, perlawanan ketiga mereka dalam tempoh 10 hari, mengecewakan pengurus pencabar The Blues, Jurgen Klopp, Arsene Wenger dan Jose Mourinho.

Mourinho yang telah menyuarakan kitikan terhadap jadual padat Liga Perdana Inggeris (EPL), berasakan Chelsea dan Tottenham memiliki kelebihan beraksi pada pertengahan minggu berbanding pasukan lain yang sekadar memiliki kurang daripada satu setengah hari waktu rehat.

Conte menolak cadangan itu dan berkata Chelsea akan meneruskan momentum ini dengan melakar kemenangan ke-14 dalam saingan EPL.

"Bukan saya yang mengatur perlawanan ini," kata Conte.

"Kelebihan kami ke atas Tottenham adalah waktu rehat kami.

"Tetapi pada saya, mereka (pengurus-pengurus lain) tidak senang dengan kedudukan kami, bukan jadual permainan."

About Author

Sacha Pisani

Comment