Pertahanan Manchester United, Eric Bailly, berkata Jose Mourinho adalah pengurus terbaik dunia.

Pemain berusia 22 tahun itu berhijrah ke Old Trafford dari Villareal, Julai lalu, dengan pembelian mencecah GBP30 juta (RM164 juta).

Menduduki tangga keenam Liga Perdana Inggeris, pemain antarabangsa Ivory Coast itu memuji keberkesanan Mourinhho di England.

"Dia salah seorang pengurus yang terbaik dunia, saya sangat berbesar hati kerana berpeluang berkerjasama dengannya.

"Saya berharap dapat kekal di United untuk tempoh yang panjang.

"Saya juga amat gembira dengan rakan sepasukan saya."

Baily telah membuat 11 penampilan bersama United setakat ini dan telah pun menyesuaikan diri dengan kehidupan di England.

Sementara itu, Bailly mengangkat LaLiga sebagai liga terbaik di dunia, namun mengakui corak permainan bola sepak di Sepanyol adalah berbeza dengan di England.

"Apa yang saya lihat, saingan LaLiga adalah yang terbaik di dunia, namun di England jauh berbeza, di sini lebih banyak menggunakan kekuatan fizikal.

"Sedikit demi sedikit, dan dengan bantuan latihan oleh Mourinho, saya berharap permainan saya akan lebih meningkat. Saya gembira berada di Manchester."