Jose Mourinho mendakwa pengadil sebagai hipokrit dengan layanan diberikan terhadapnya berbanding dengan pengendali Liverpool, Jurgen Klopp, selepas menyaksikan pasukannya terikat seri 0-0 dengan Hull City.

Klopp menarik perhatian pengadil ketika Liverpool terikat seri 1-1 dengan Chelsea pada Selasa susulan berlaku pertukaran pendapat dengan penolong pengadil, Neil Swarbrick.

Pengendali Jerman itu berkata dia telah menjerit "Tiada siapa mampu tewaskan kami" kepada Swarbrick sebelum meminta maaf, dengan Swarbrick menjawab "Ssaya suka dengan semangat kamu", menurut Klopp ketika sesi sidang media.

Mourinho mendakwa dia juga telah mempamerkan "emosi" sama ketika United pulang dengan satu mata di Old Trafford namun, pengadil memberi ugutan untuk membuangnya.

"Saya tidak mahu bercakap banyak kerana saya sudah membayar terlalu banyak denda," dia memberitahu Sky Sports. "Saya bayar lebih banyak daripada pengurus lain.

"Contohnya, semalam seorang pengurus telah diberitahu oleh pengadil 'saya suka dengan semangat kamu'.

"Hari ini, saya diberitahu untuk duduk diam atau akan dikenakan hukuman. Saya tidak mahu bercakap lebih banyak kerana saya enggan dikenakan tindakan.

"Mereka (pengadil) tidak suka dengan cara saya mempamerkan emosi di tepi padang."