Mourinho berdepan tuduhan salah laku ketika seri dengan Burnley

By Jack Davies 1 November 2016
 Mourinho berdepan tuduhan salah laku ketika seri dengan Burnley
Pengurus Manchester United, Jose Mourinho, berhadapan dengan tuduhan salah laku susulan beliau dibuang padang ketika seri tanpa jaringan dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan Burnley, Sabtu lalu. 

Mourinho diarah ke tempat duduk penonton pada separuh masa kedua dalam aksi di Old Trafford itu selepas didapati mengeluarkan bahasa tidak sopan terhadap pegawai perlawanan. 

Bekas bos Chelsea itu diberi tempoh sehingga Jumaat ini untuk mempertahankan dirinya. 

Gelagat Mourinho pada musim ini sudah pun mendapat perhatian Persatuan Bola Sepak England (FA) berhubung pertikaiannya terhadap pelantikan Anthony Taylor sebagai pegawai perlawanan yang menyaksikan United seri tanpa jaringan dengan Liverpool, bulan lalu. 

Tarikh akhir bagi Mourinho menjawab pertuduhan itu tamat pada Isnin lalu tanpa pengurus dari Portugal tersebut mengemukakan sebarang rayuan -- sekurang-kurangnya bukan secara umum. 

Mourinho didorong perasaan berang ketika pertemuan dengan Burnley berikutan keputusan Mark Clattenburg yang enggan menghadiahkan sepakan penalti selepas Jon Flanagan menjatuhkan Matteo Darmian.

About Author

Jack Davies

Comment