Mkhitaryan: Ibrahimovic adalah pemain yang 'luar biasa'

By Joe Wright 27 December 2016 65
Mkhitaryan: Ibrahimovic adalah pemain yang 'luar biasa'

Henrikh Mkhitaryan memuji prestasi 'luar biasa' yang dipamerkan oleh penyerang Manchester United, Zlatan Ibrahimovic, di sebalik usianya.

Pemain berusia 35 tahun itu menjaringkan gol kedua United ketika menang 3-1 ke atas Sunderland dan menghasilkan bantuan jaringan buat Mkhitaryan dan Daley Blind untuk membantu skuad kendalian Jose Mourinho merakamkan 11 perlawanan tanpa kalah.

Mencetak 17 gol dan lima bantuan jaringan dalam semua pertandingan musim ini, Ibrahimovic membuktikan dirinya sebagai pemain utama pasukan dan Mourinho mengesahkan kelab itu akan melanjutkan kontraknya untuk terus beraksi semusim lagi.

Mkhitaryan berharap prestasi Ibrahimovic akan kekal berterusan.

"Persembahannya tidak mencerminkan umurnya. Dia telah melakukan beberapa perkara yang menarik dan saya sangat gembira melihatnya beraksi.

"Dia seorang pemain yang berkualiti dan semua orang mengenali dirinya. Saya tidak perlu berkata apa-apa kerana semua orang mengetahui dia adalah pemain yang menakjubkan. Saya berharap dia akan dapat memberikan yang terbaik untuk perlawanan akan datang.

Pertahanan, Blind, berkata, "Saya gemar melihat cara Zlatan bermain. Dia banyak membantu pasukan dan saya berharap dia akan dapat mengekalkan prestasinya."

United akan menerima kunjungan Middlesbrough dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford pada Sabtu.

About Author

Joe Wright

Comment