Mertesacker: Ozil berada di tahap terbaik

By Ben Spratt 22 October 2016
Mertesacker: Ozil berada di tahap terbaik

Pertahanan Arsenal, Per Mertesacker, berkata prestasi cemerlang Mesut Ozil di Arsenal adalah hasil 'kerja keras dan kesabaran' pemain itu.

Pemain kebangsaan Jerman itu meledak hatrik ketika bertemua Ludogorets dalam aksi Liga Juara-Juara pada Rabu, dengan Ozil kini telah meledak enam gol dalam semua pertandingan.

Bagaimanapun, Mertesacker tidak terkejut dengan prestasi cemerlang Ozil dan percaya dia akan terus mencipta sesuatu dalam perlawanan akan datang.

"Buat ketika ini, segala-galanya menjadi buat Ozil," kata Mertesacker.

"Jaringan hatrik dan satu bantuan jaringan ketika bertemu Ludogorets. Ini merupakan hasil kerja keras dan kesabaran Ozil.

"Dia mahu mencipta kejayaan dan mahu terus menguji kebolehannya sendiri. Dia menunjukkan kebolehannya menjaringkan gol dan mampu mengetuai jentera serangan.

"Ozil merupakan pemain yang penting buat kami dan dia mampu menghasilkan sesuatu pada bila-bila masa. Saya gembira dengan prestasinya ketika ini."

About Author

Ben Spratt

Comment