Jurgen Klopp akan membantu Liverpool menjulang Liga Perdana Inggeris (EPL) dan kemudian mengambil alih jawatan di Bayern Munich, menurut Ottmar Hitzfeld.

Sepanjang tujuh musim di Borussia Dortmund, Klopp kembali meletakkan kelab itu antara pasukan yang digeruni di Jerman apabila meraih dua gelaran Bundesliga, satu Piala DFB-Pokal dan finalis Liga Juara-Juara Eropah pada 2013.

Pengurus berkarisma berusia 50 tahun itu kembali ke pentas Eropah bersama Liverpool dalam musim pertama pengendaliannya di Anfield.

Uuntuk itu, Hitzfeld, -- menjuarai Liga Juara-Juara bersama Dortmund dan Bayern -- menjangkakan Klopp akan menamatkan penantian The Reds menjuarai liga sejak 1990.

Begitupun, bekas pengurus Switzerland itu berpendapat masa depan Klopp terletak di Allianz Arena.

"Jurgen Klopp merupakan salah seorang jurulatih terbaik, namun berbanding yang lain, dia masih belum memenangi sebarang trofi utama antarabangsa, "kata Hitzfled kepada t-online.de.

"Lambat-laun, dia akan menjuarai EPL, saya amat yakin mengenainya.

"Dia sedang membina sesuatu di sana, menjadi pakar motivasi dan pengiklanan menarik buat jurulatih-jurulatih Jerman.

"Bukan mudah untuk berjaya di England dan dia berjaya melaksanakannya.

"Jurgen Klopp akan sentiasa menjadi calon untuk tugasan di Bayern, dia merupakan juara liga dan trofi.

"Saya mahu dia menjadi jurulatih FC Bayern suatu hari nanti."