Pengendali Manchester City, Pep Guardiola, menafikan dakwaan Samir Nasri yang mengatakan dia melarang pemainnya melakukan hubungan seks selepas jam 12 engah malam.

Bekas pemain antarabangsa Perancis itu, yang telah dipinjamkan ke Sevilla selama satu musim, mencetuskan kontroversi minggu ini apabila dia memberitahu L'Equipe du Soir akan arahan Guardiola yang mahu pemainnya tidur awal sebelum pukul 12 tengah malam.

"Hubungan seks perlu dilakukan sebelum 12 tengah malam, walaupun kamu bercuti keesokan harinya," kata Nasri.

"Dia memberitahu kami bahawa ia adalah cara terbaik sepertimana dilakukan ketika di Barcelona dan Bayern Munich, ini kerana dia mahu pemain mengelak daripada mengalami kecederaan otot."

Pep menunjukkan riak kecewa apabila diutarakan soalan berkenaan dengan kenyataan Nasri tidak diajukan, namun dia bertegas menjelaskan keadaan sebenar.

"Mustahil untuk beraksi dengan baik jika pemain tidak dibenarkan melakukan hubungan seks," katanya sambil tersenyum.

"Saya tidak akan sesekali melarang mereka. Mereka perlu melakukannya. Lebih kerap lebih baik!"