Ander Herrera menyifatkan Scott McTominay memiliki kemahiran mampu menggantikan tempat Michael Carrick selepas pemain veteran itu bersara penghujung musim ini.

McTominay, pemain akademi United, telah beraksi 19 kali di bawah kendalian Jose Mourinho musim ini dan berharap untuk terus bersaing bagi mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama apabila Carrick bersara.

Herrera, yang beraksi ketika United menang 2-0, percaya pemain berusia 21 tahun itu sudah bersedia untuk beraksi secara konsisten selepas mempamerkan keberkesanan ketika bertahan dan menyerang.

"Dia akan menjadi pemain yang berkualiti buat kelab," katanya.

"Dia seorang pemain yang mampu membantu dalam setiap posisi."

Herrera turut berbincang mengenai persaraan Carrcik dan berbangga kerana dapat bermain bersama kapten United itu.

"Tiada kata yang boleh menerangkan Carrick. Saya agak malu untuk bercakap mengenainya kerana dia adalah seorang legenda.

"Saya sangat gembira kerana dapat bermain bersamanya selama empat tahun di United."