McAuley lanjut kontrak bersama The Baggies

By Staff Writer 31 March 2017
McAuley lanjut kontrak bersama The Baggies
Pertahanan veteran, Gareth McAuley, memberikan komitmennya kepada West Brom sehingga penghujung musim ini dengan menandatangani kontrak untuk kekal sehingga penghujung musim hadapan.

Pada usia 37 tahun, McAuley merupakan pemain pertahanan yang paling kerap menjaringkan gol -- enam gol dalam 29 penampilan musim ini, sekaligus membantu The Baggies menghuni tangga kelapan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pemain kebangsaan Ireland Utara itu menegaskan dia tidak gentar untuk beraksi di tahap tertinggi ketika usianya menjangkau 38 tahun serta memberikan penghargaan kepada staf kecergasan di The Hawthorns yang membantu melanjutkan kariernya.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kelab, jurulatih dan setiap individu yang membantu saya untuk terus kekal cergas dan bermain di tahap ini.

"Beraksi dalam EPL, ia telah memberikan saya semangat untuk menampilkan aksi yang terbaik, membantu saya untuk terus menguji kebolehan saya."

About Author

Staff Writer

Comment