Walter Mazzarri percaya kekalahan memalukan 6-1 Watford kepada Liverpool akan dianggap sebagai "satu pengajaran untuk masa depan".

The Hornets benar-benar dikalahkan keeluruhannyadi Anfield malam tadi apabila Sadio Mane menjaringkan dua gol selain Philippe Coutinho, Emre Can, Roberto Firmino dan Georginio Wijnaldum masing-masing menemui satu gol untuk menghantar skuad Jurgen Klopp ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Gol sagu hati Watford muncul daripada Daryl Janmaat tetapi hasil permainan sudah melampaui keraguan pada ketika itu.

Mazzarri mengakui Liverpool adalah pasukan yang lebih unggul, bagaimanapun, dia berasa Watford boleh belajar daripada kekalahan itu, sama seperti mereka lakukan selepas tewas 2-0 di Burnley pada September, satu keputusan yang mendorong empat perlawanan tanpa kalah.

"Ia merupakan satu pengajaran untuk masa depan. Permainan ini mengajar saya banyak perkara, seperti kekalahan 2-0 di tangan Burnley. Kami akan menjadi lebih baik untuk masa depan," katanya.

"Malangnya jika kami tewas secara fizikal kepada Liverpool,ia bermakna bahawa kami berada di bawah tekanan taktikal."

Watford turut menerima tamparan apabila penjaga golnya, Heurelho Gomes, mengalami kecederaan ketika Coutinho meletakkan kedudukan 2-0 dan Mazzarri sedang menunggu untuk mengetahui sejauh mana masalah tersebut.

Dia menambah: "Kami tidak pasti lagi sejauh mana seriusnya kecederaan Heurelho Gomes pada masa ini."