Mazzari harap Gomes kembali beraksi hadapi Leicester

By Staff Writer 18 November 2016
Mazzari harap Gomes kembali beraksi hadapi Leicester

Pengurus Watford, Walter Mazzari, berharap penjaga gol utama, Heurelho Gomes, akan kembali beraksi apabila pasukannya berdepan penyandang juara Liga Perdana Inggeris, Leicester City, esok.

Gomes mengalami kecederaan lutut ketika perlawanan sebelum ini apabila dibelasah Liverpool 6-1.

"Gomes akan kembali. Kami akan mengesahkan perkara ini dalam tempoh beberapa hari ini tetapi saya yakin dia akan kembali," Mazzari memberitahu pihak media.

Turut dijangka kembali memperkuatkan skuad, Sebastian Prodl dan Stefano Okaka yang kembali pulih daripada kecederaan.

Bagaimanapun, The Hornets terpaksa melupakan khidmat Christian Kabasele yang mengalami kecederaan paha ketika membuat penampilan pertama bersama Belgium.

"Kabasele masih cedera. Kami tidak pasti bila dia akan kembali tetapi yang pasti dia tidak akan beraksi pada Sabtu," tambah Mazzari.

About Author

Staff Writer

Comment