Jose Mourinho menjangkakan Juan Mata akan menyertai Phil Jones dan Chris Smalling antara pemain yang akan diketepikan untuk jangka masa panjang kerana kecederaan.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu menjalani pembedahan pangkal paha minggu lalu dan bakal berehat panjang.

Pertahanan, Jones dan Smalling, turut mengalami kecederaan ketika berkhidmat untuk England bagi aksi perlawanan antarabangsa.

United akan menerima kunjungan Everton pada pertengahan minggu untuk memperbaiki keputusan 0-0 ketika berdepan West Brom, keputusan yang menyaksikan mereka ketinggalan empat mata kepada penghuni tangga keempat, Manchester City, dalam persaingan melayakkan diri ke Liga Juara-Juara UEFA (UCL), musim hadapan.

"Saya berasakan mereka (Smalling, Jones dan Mata) perlu berehat panjang," kata Mourinho.

"Saya tidak dapat memberikan pengesahan sama ada Pogba dapat beraksi berdepan Everton tetapi kecederaannya semakin pulih."

Pengendali dari Portugal itu untuk menafikan persembahan Untied merudum akibat penyerang utama, Zlatan Ibrahimovic, terlepas dua aksi kerana penggantungan.

"Ketika Zlatan beraksi bersama kami, United tetap seri di sini. Saya tidak berasakan jika Zlatan dan Mata turun beraksi, mereka mampu memenangi perlawanan ini untuk kami. Saya tidak boleh mengatakan sebegitu."