Mata berjaya pikat hati Mourinho -- Giggs

By Joe Wright 20 November 2016 141
Mata berjaya pikat hati Mourinho -- Giggs

Bekas bintang Manchester United, Ryan Giggs, percaya Juan Mata telah mendapat kepercayaan pengurus, Jose Mourinho, dengan prestasinya musim ini.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu dijual kepada United oleh Mourinho ketika mengendalikan Chelsea pada Januari 2014, dan masa depannya menjadi persoalan selepas pengurus kelahiran Portugal itu menggantikan Louis Van Gaal buat musim 2016-17.

Mata kelihatan berang ketika dikeluarkan dalam perlawanan Perisai Komuniti selepas beraksi hanya 27 minit selepas dibawa masuk dalam separuh masa kedua.

Mata kini telah membuktikan kepada Mourinho bahawa dia merupakan pemain yang berpengaruh bersama pasukan selepas menjaringkan gol keempatnya musim ini ketika seri 1-1 dengan Arsenal.

Bekas penolong pengurus United, Giggs, percaya pemain berusia 28 tahun itu mampu beraksi dengan lebih cemerlang di masa akan datang.

"Saya berpendapat Mata telah mendapat kepercayaan Mourinho. Dia merupakan seorang pemain yang bagus di atas padang.

"Kunci keberkesanan Mata adalah rakan sepasukannya dalam setiap perlawanan. Dia mampu membaca permainan dengan baik dan anda dapat melihat ketika Antonio Valencia dan Marcus Rashford melakukan larian, tenaga yang dimiliki oleh Ander Herrera dan kekuatan Paul Pogba di bahagian tengah, ia memudahkan Mata mencari peluang sebelum melakukan percubaan."

About Author

Joe Wright

Comment