Martin Caceres sah sertai Southampton

By Staff Writer 17 February 2017
Martin Caceres sah sertai Southampton

Southampton mengumumkan mengikat pertahanan Uruguay, Martin Caceres, sehingga hujung musim ini.

Pemain antarabangsa Uruguay itu, yang menjadi ejen bebas sejak meninggalkan Juventus, Jun tahun lalu, telah mengadakan perbincangan bersama kelab Liga Perdana Inggeris itu selepas gagal mencapai persetujuan bersama AC Milan.

Pemain berusia 29 tahun itu kini telah sah berhijrah ke St. Mary dan dijangka menyertai kem latihan di Sepanyol.

Bercakap di laman sesawang rasmi Southampton: "Saya sangat gembira kerana berjaya menyertai kelab penting di England. Saya tidak sabar untuk memulakan latihan bersama rakan sepasukan yang baru."

Pengarah bola sepak, Les Reed, berharap Caceres mampu menyuntik pengalaman di jentera pertahanan, apatah lagi mereka kini pincang tanpa khidmat Virgil van Dijk yang mengalami kecederaan.

"Martin merupakan pemain berbakat dan telah meraih pelbagai kejayaan," katanya. "Dia seorang pemain yang berpengalaman bagi Uruguay di samping pernah mengecapi kejayaan bersama Juventus dan Barcelona.

"Kami berada dalam situasi sukar selepas kehilangan Van Dijk. Selepas dua hari menjalani pemeriksaan kesihatan dan kecergasan, keputusan yang diperoleh cukup baik."

About Author

Staff Writer

Comment