Pengendali Manchester United, Jose Mourinho, mengesahkan Anthony Martial bakal terlepas aksi bertemu Leicester City.

Pemain kebangsaan Perancis itu telah digantikan selepas 38 minit ketika United tewas 3-1 kepada Watford dan terlepas aksi Piala EFL bertemu Northampton yang berkesudahan United menang 3-1.

Martial yang kembali menjalani latihan pada Jumaat, tidak akan terlibat untuk aksi berdepan Leicester pada Sabtu.

Mourinho menegaskan pemain itu mengalami kecederaan betis yang memaksa beliau mengetepikan pemain itu.

"Martial tidak akan beraksi, dia mengalami kecederaan di bahagian betis dan buku lali," katanya.

Martial telah beraksi dalam lima perlawanan Liga Perdana bersama United dan masih gagal menjaringkan sebarang gol.