Jose Mourinho berkata Anthony Martial tidak perlu memberikan perhatian kepada ejennya jika mahu mencapai prestasi terbaiknya di Manchester United.

Martial mempamerkan aksi terbaik ketika berdepan Middlesbrough pada Sabtu, meledakkan gol pertama United pada minit ke-85, sebelum Paul Pogba memastikan kemenangan 2-1 buat United ke atas skuad bimbingan Aitor Karanka di Old Trafford.

Pemain kebangsaan Perancis itu gagal mendapatkan tempat secara tetap dalam kesebelasan utama United musim ini dan ejennya, Philippe Lamboley, berkata terdapat tawaran sebagai pemain pinjaman bersama kelab LaLiga, Sevilla, sehingga penghujung musim.

Tetapi Mourinho berkata Martial perlu lebih memberikan perhatian untuk menjadi seorang bintang, mengambil perubahan Henrikh Mkhitaryan sebagai bukti dia memiliki ramuan terbaik untuk memperkembangkan bakatnya.

Mourinho berkata, "Dia bermain, mencipta peluang, dan menjaringkan gol.

"Saya mengetahui bahawa dia seorang pemain yang berbakat. Saya mengetahui Mkhitaryan adalah pemain yang berkualiti dan saya tidak menurunkannya.

"Buat masa ini, dia beraksi di bahagian bek kiri ketika pasukan sedang memenangi perlawanan dan perlu bertahan untuk memastikan tiga mata penuh buat United.

"Jadi, Anthony harus mendengar nasihat saya, bukan ejennya.

"Dia perlu menerima setiap kata-kata saya dalam sesi latihan dan setiap maklum balas untuk mempertingkatkan mutu permainannya.

"Tetapi jika bercakap mengenai Mkhitaryan, ejennya menghubungi saya setiap hari dan memberitahu kepada saya bahawa pemain itu akan menemui rentak permainan terbaiknya.

"Martial mendengar kata-kata saya. Dia adalah pemain yang berada di tahap terbaik untuk menjadi antara pemain terbaik di dunia."