REAL MADRID 1 MANCHESTER UNITED 1
(United menang menerusi sepakan penalti 2-1)

Jose Mourinho menuntut persembahan yang lebih konsisten daripada Anthony Martial selepas penyerang Manchester United itu menyerlah ketika meraih kemenangan ke atas Real Madrid dalam saingan Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC), awal pagi tadi.


Martial ditawarkan masa untuk membuktikan kebolehannya bersama United apabila membantu pasukan meraih kemenangan ke atas Real Madrid di Santa Clara.

Pemain kebangsaan Perancis itu bergelut untuk berada di dalam kesebelasan utama United tetapi Martial mempamerkan kualiti yang dimilikinya ketika menembusi pertahanan Real sebelum menemui Jesse Lingard untuk menjaringkan gol.
"Kami memerlukan aksi yang lebih konsisten daripada Martial. Saya berasakan dia menikmati setiap minit sepanjang perlawanan ini. Saya memberikannya peluang untuk mencuba segala-galanya di atas padang," kata Mourinho.

"Dia seorang pemain yang masih muda, banyak perkara yang boleh dipelajari dan ruang untuk diperbaiki."

Real Madrid berjaya mengikat jaringan hasil daripada percubaan Casemiro sebelum United meraih kemenangan menerusi penentuan sepakan penalti.