Manchester United memastikan khidmat Anthony Martial kekal sehingga Jun 2024 selepas penyerang kelahiran Perancis itu menandatangani kontrak baru.

Martial bersetuju dengan tawaran kontrak selama lima setengah tahun di samping pilihan untuk melanjutkannya setahun lagi selepas mempamerkan persembahan berkualiti bagi musim ini.

Setakat ini, dia telah menjaringkan lapan gol daripada 13 penampilan dalam kesebelasan utama untuk aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Perjanjian yang dimeterai semalam melenyapkan sebarang spekulasi perpindahan Martial apabila pemain itu dilaporkan telah menolak kontrak baru Oktober lalu.

Pemecatan Jose Mourinho turut menjadi salah satu faktor Martial memilih untuk terus bersama United.