Martial kecewa jersi no.9 diberikan kepada Ibrahimovic

By Staff Writer 5 November 2016 82
Martial kecewa jersi no.9 diberikan kepada Ibrahimovic

Ejen kepada pemain Anthony Martial, Philippe Lamboley, mendedahkan bahawa pemain itu kecewa apabila Manchester United memberikan jersi no.9 miliknya kepada Zlatan Ibrahimovic.

Lamboley yang ditemuramah RMC Sport berkata Martial terkilan dengan tindakan United itu.

"Tindakan United itu memberi kesan terhadap Martial. Dia terlalu kecewa, namun selaku seorang pemain profesional, dia terpaksa menerimanya. 

"Secara peribadi, saya tidak bersetuju dengan tindakan United kerana jelas mereka tidak menghormati Martial. 

"Apa sekalipun kami terpaksa terima," jelasnya.

Sementara itu, Lamboley menafikan dakwaan bahawa timbul ketegangan di antara pengendali, Jose Mourinho, dan Martial susulan pemain Perancis itu kurang mendapat peluang beraksi.

"Hubungan mereka sangat profesional dan saya pasti Jose Mourinho akan mengguna pakai khidmat Martial sepertimana dilakukan Louis van Gaal," tambahnya.

 

About Author

Staff Writer

Comment