Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, memberitahu Lazar Markovic bahawa pemain sayap itu boleh meninggalkan skuad The Reds.

Pemain berusia 23 tahun itu gagal mencipta impak selepas tiga musim di Anfield selepas berhijrah dari Benfica dengan nilai perpindahan GBP20 juta (RM99 juta).

Markovic telah dipinjamkan ke Sporting CP dan Hull City pada musim lalu dan Klopp mengesahkan pemain kelahiran Serbia itu tiada dalam perancangannya.

"Markovic sudah boleh mencari kelab baru," kata Klopp.

"Dia merupakan pemain yang bagus. Kini dia sudah cergas dan boleh mencari kelab lain untuk meneruskan kariernya.

"Sebelum ini, dia mengalami kecederaan pangkal paha dan kini sudah kembali pulih sepenuhnya."

Watford merupakan antara kelab yang berminat untuk menandatangani Markovic.