Man United tanggung hutang terbesar di Eropah

By Dom Farrell 12 January 2017
Man United tanggung hutang terbesar di Eropah
Manchester United memiliki hutang sebanyak EUR200 juta (RM947j), lebih besar berbanding kelab Eropah yang lain, menurut angka baru yang dikeluarkan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA).

Laporan Penanda Aras Pelesenan Kelab oleh badan induk itu yang meliputi laporan kewangan 2015 mendedahkan United kini menanggung hutang sebanyak EURO536 juta (RM2.5 bilion) -- iaitu jurang besar dengan pesaing terdekat, Benfica, yang memiliki hutang EUR336 juta. 

Angka United itu turut bertambah 25 peratus daripada 12 bulan lalu susulan perkembangan terkini kelab-kelab Eropah yang berusaha menurunkan jumlah hutang mereka dalam tempoh lima tahun ini bagi mengikuti peraturan kewangan yang ditetapkan UEFA. 

Dalam konteks United, laporan UEFA itu, bagaimanapun, diseimbangkan oleh penjanaan pendapatan 2015 sebanyak EUR521 juta -- pendapatan ketiga tertinggi selepas Real Madrid dan Bercelona -- selain 80 peratus aset jangka panjang yang dimiliki bermakna United tidak berada dalam risiko besar. 

Dalam senarai itu, kelab terburuk pula adalah Queens Park Rangers yang kini beraksi dalam Liga Kejuaraan apabila berhutang sebanyak EUR279 juta, iaitu 480 peratus melebihi aset jangka panjang dan Fenerbahce, EUR166 juta dengan 610 peratus. 

Kejatuhan nilai mata wang Pound Sterling turut mempengaruhi United sekalipun kelab itu melepasi rekod pendapatan mereka, iaitu GBP513 juta (RM2.7b) tahun ini. 
 

About Author

Dom Farrell

Comment