Man United pencabar utama Chelsea musim ini -- Hazard

By Amirul Azreen 2 February 2017
Man United pencabar utama Chelsea musim ini -- Hazard

Manchester United adalah pencabar utama Chelsea dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini, ujar pemain sayap, Eden Hazard.

Skuad kendalian Antonio Conte ketika ini mendahului liga dengan sembilan mata selepas terikat seri 1-1 dengan Liverpool di Anfield, kelmarin.

United, yang menempuh aksi naik turun sejak diambil alih oleh Jose Mourinho, kini ketinggalan 15 mata di belakang The Blues tatkala masih kurang satu perlawanan.

Chelsea bakal berdepan Arsenal, Sabtu ini, dan ketika bercakap dalam sidang media, Hazard melihat Arsenal dan United sebagai pencabar utama musim ini.

"Pada saya, Arsenal dan Manchester United," dia memberitahu Sky Sports apabila ditanya siapakah pencabar utama Chelsea musim ini.

"United agak bergelut pada awal musim, namun kini sudah mula beraksi dengan baik.

"Tambahan pula dengan kelibat Mourinho, mereka mampu menamatkan musim ini di tangga kedua atau ketiga liga."

Pemain berusia 26 tahun itu turut melontarkan pujian terhadap pengendali, Antonio Conte, susulan tindakannya mengubah formasi kepada 3-4-3 yang telah membantu dirinya kembali menemui sentuhan terbaik musim ini.

"Kami lebih banyak berlatih daripada segi taktikal bersama Conte," katanya.

"Kami tahu tanggungjawab masing-masing.

"Ketika di bawah kendalian Mourinho, dia turut menerapkan sistem yang khusus, namun kami tidak melaksanakannya ketika sesi latihan."

About Author

Amirul Azreen

Comment