Man City tabur segala-galanya untuk benam Boro

By Matthew Scott 6 November 2016
Man City tabur segala-galanya untuk benam Boro

Pep Guardiola berpuas hati Manchester City "telah memberikan segala-galanya" yang diperlukan untuk menewaskan Middlesbrough meskipun pembaziran mereka dihukum dengan keputusan seri 1-1.

Gol ke-150 Sergio Aguero buat City dilihat sudah cukup untuk memberikan kemenangan buat pasukan tuan rumah selepas mereka menewaskan Barcelona 3-1 dalam aksi Liga Juara-Juara pada Rabu tetapi tandukan Marten de Roon pada masa kecederaan memberikan satu mata buat skuad kendalian Aitor Karanka.

City menghujani 25 percubaan ke arah pintu gol yang dikawal rapi Victor Valdes, yang mempamerkan aksi cemerlang sebelum De Roon menyamakan kedudukan.

"Kami telah memberikan segala-galanya untuk memenangi perlawanan, mengawal perlawanan tetapi kami dibolosi pada penghujung perlawanan," kata Guardiola.

"Kami telah cuba yang terbaik untuk memenangi perlawanan.

"Ketika kamu gagal, kamu perlu menerima keputusan ini, tetapi saingan liga ini masih panjang.

"Kami telah kehilangan enam mata dalam tiga perlawanan di laman sendiri dan kami harus melihat ke hadapan.

City telah mempamerkan persembahan yang mantap dengan taktikal serangan balas ketika menewaskan Barcelona dan Guardiola tidak berpendapat pemain-pemainnya memiliki masalah kepenatan untuk perlawanan ini.

"Kami telah memulakan saingan dengan baik pada separuh masa pertama. Kami perlu menamatkan perlawanan ini dengan dua atau tiga gol. Kami telah mencipta enam hingga tujuh peluang, namun gagal menyempurnakannnya."
 

About Author

Matthew Scott

Comment