Man City kini pencabar utama UCL -- Dickov

By Matthew Scott 14 March 2017 138
Man City kini pencabar utama UCL -- Dickov

Bekas penyerang The Citizens, Paul Dickov, memuji pengendali pasukan, Pep Guardiola, yang telah membentuk skuad yang mampu memenangi Liga Juara-Juara (UCL).

City mempamerkan aksi memberangsangkan dan semakin hampir menempah slot ke suku akhir selepas melakar kemenangan 5-3 ke atas Monaco dalam aksi pertama pusingan kalah mati.

Guardiola telah mara ke pusingan separuh akhir tujuh kali dalam tempoh tujuh musim bersama Barcelona dan Bayern Munich, tetapi telah memberikan amaran kepada pemain-pemainnya untuk meledak gol ketika berkunjung ke Stade Louis II.

Dickov menjangkakan perlawanan yang menarik bagi mengulangi apa yang berlaku di Stadium Etihad tiga minggu lalu tetapi percaya menyingkirkan skuad bimbingan Leonardo Jardim bakal menjadi pelantar mereka untuk mara ke separuh akhir.

"Saya yakin mereka mampu ke separuh akhir, Guardiola telah membentuk mereka menjadi sebuah pasukan yang berkualiti.

"Dengan kelibat pemain seperti (Sergio) Aguero, (Kevin) De Bruyne, (Raheem) Sterling yang berada di tahap yang terbaik, (Leroy) Sane, David Silva dan Yaya Toure,  
mereka adalah pemain yang mampu mengecewakan mana-mana pasukan di dunia."

About Author

Matthew Scott

Comment