Mahrez kembali temui sentuhan berbisa -- Shakespeare

By Staff Writer 5 March 2017 131
Mahrez kembali temui sentuhan berbisa -- Shakespeare

Craig Shakespeare berasakan Riyad Mahrez sudah kembali menemui sentuhannya selepas meledak gol penting dalam kemenangan 3-1 ke atas Hull City, malam tadi.

Ia merupakan kemenangan kedua berturut-turut Leicester sejak memecat Claudio Ranieri, sekaligus menjarakkan diri dengan zon penyingkiran dengan kelebihan lima mata.

Leicester ketinggalan terlebih dahulu menerusi jaringan Clucas pada minit ke-14.

Bagaimanapun, Christian Fuchs menyamakan kedudukan 13 minit selepas itu sebelum Mahrez melepaskan rembatan dari pinggir kotak penalti untuk meletakkan The Foxes di depan.

Gol sendiri oleh Tom Huddlestone kemudian mengesahkan kemenangan 3-1 Leicester, dengan Shakespeare melontarkan pujian terhadap pemain antarabaangsa Algeria, Mahrez.

"Riyad Mahrez sangat kecewa dengan dirinya sebelum ini. Kami hanya memberitahunya untuk beraksi dengan baik dan cuba menjadi dirinya sendiri. Itulah Mahrez yang kami kenali ketika dia menjaringkan gol," ujar pengendali sementara itu.

"Kami ada bercakap dengan pemain sebelum perlawanan bermula. Mereka mempamerkan perwatakan positif. Bangkit daripada ketinggalan 1-0 membuktikan mereka memiliki daya tahan yang baik.

"Kemenangan menyuntik keyakinan dalam diri pemain, terutama selepas mengutip tiga mata dua kali berturut-turut."

Ditanya mengenai harapannya untuk dilantik pengurus sepenuh masa, Shakespeare menambah :"Saya sangat selesa. Kami masih ada beberapa hari untuk membuat keputusan. Kami akan mengadakan perbincangan minggu depan."

About Author

Staff Writer

Comment

Read Next

Mourinho, Ibrahimovic tidak akan merungut

By 5 Mac 2017. 12.41 AM