Algeria telah membenarkan pemain bintang Leicester City, Riyad Mahrez, meninggalkan kem latihan bagi menyelesaikan perpindahannya ke kelab baru sebelum jendela perpindahan pemain ditutup.

Mahrez telah dikaitkan dengan perpindahan ke AS Roma, Manchester United, Barcelona dan Arsenal, dan kini juara Liga Perdana Inggeris musim 2015-16 itu disahkan bakal meninggalkan The Foxes.

Ketika Algeria sedang mempersiapkan pasukan dalam aksi kelayakan Piala Dunia berdepan Zambia, Persekutuan Bola Sepak Algeria (FAF) mengesahkan bahawa mereka melepaskan pemain berusia 26 tahun itu bagai menyelesaikan perpindahannya.

Mahrez beraksi dalam semua tiga perlawanan liga musim ini dan menyumbangkan dua assist.

Algeria kini terpaksa terbang ke Lusaka tanpa khidmat Mahrez dalam aksi berdepan Zambia, Sabtu ini.