EVERTON 4 HULL CITY 0

Ronald Koeman mengesahkan Everton akan memastikan penyerang, Romelu Lukaku, akan kekal bersama pasukan selepas pemain Belgium itu meledak gol untuk membantu pasukan meraih kemenangan 4-0 ke atas Hull City.

Lukaku memiliki kelebihan dua jaringan daripada penyerang Tottenham dalam misi muncul penjaring terbanyak musim 2016-17 selepas meledak dua gol pada penghujung perlawanan, selepas Dominic Calvert-Lewin dan Enner Valencia membuka jaringan pada awal permainan.

Hull City terpaksa menamatkan perlawanan dengan 10 pemain selepas Tom Huddlestone dilayangkan kad merah kerana melakukan terjahan keras ke atas Idrissa Gueye.

Everton kini berkongsi mata dengan penghuni tangga kelima, Arsenal, dan Koeman memberikan pujian kepada Lukaku di atas prestasinya.

"Penyokong-penyokong amat menyukai Lukaku, dia adalah pemain berpengaruh dan penjaring terbanyak liga," atas Koeman.

"Jika diberikan ruang, Lukaku akan menghukum pasukan lawan dan itu adalah kualiti terbaiknya.

"Semestinya kami mahu menyimpan pemain terbaik kami. Kami berada di kedudukan yang baik dan tidak mahu menjual pemain terbaik kami."