Mustahil dapat mencari pengganti bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Romelu Lukaku, kata pengendali Everton, Ronald Koeman.

Lukaku berhijrah ke Manchester United dengan yuran perpindahan GBP75 juta (RM426 juta)`, sekaligus menamatkan karier empat tahun di Goodison Park, Julai lalu.

Pemain antarabangsa Belgium itu merekodkan 25 gol musim lalu, dan telah pun menyumbat enam gol dalam semua kejohanan musim ini bersama United.

Koeman -- yang bakal membawa Everton menghadapi United malam ini -- mengakui bukan mudah untuk mencari pengganti Lukaku.

"Bukannya mustahil tetapi hampir mustahil untuk menemui pemain yang mampu menyumbat jumlah gol yang sama seperti Lukaku musim lalu," Koeman memberitahu Liverpool Echo.

"Dengan Romelu, setiap kali peluang terhidang, dia akan menyempurnakannya.

"Bukan mudah untuk mencari penggantinya. Amat sukar."