Harapan Liverpool untuk merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini telah pun berakhir, menurut bekas pemain, Jamie Carragher.

Carragher, bagaimanapun, percaya misi merebut kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah lebih realistik selepas menyaksikan The Reds melakar keputusan seri 1-1 dengan Chelsea di Anfield, Selasa lalu.

Pada masa sama, Carra turut berpendapat pasukan lain yang sedang mengejar Chelsea di persada liga juga sedang menampakkan layangan bendera putih.

"Bulan Januari tidak menghasilkan berita baik buat Liverpool," Carragher memberitahu Sky Sports.

"Mereka perlu menewaskan Chelsea tempoh hari bagi menghidupkan peluang itu kembali tetapi kini kejuaraan liga terlalu jauh untuk dimenangi.

"Kamu mungkin berhadap Arsenal akan menewaskan Chelsea hujung minggu ini tetapi ketika ini saya berasakan setiap pasukan lebih memberi tumpuan dalam merebut slot ke Liga Juara-Juara Eropah.

"Bagi Liverpool, meskipun gagal melakar kemenangan, mereka sudah mula mempamer kebangkitan selepas bergelut sebelum ini."

Carragher mendakwa Chelsea memiliki skuad yang jauh lebih besar berbanding Liverpool musim ini yang memberi kelebihan terhadap skuad kendalian Antonio Conte.

"Adakah Chelsea memiliki skuad yang kuat? Mereka mampu merehatkan Mitchy Batshuayi meskipun membelanjakan GBP30 juta (RM168 juta) bagi mendapatkan khidmatnya.

"Itulah yang membezakan Chelsea dan Liverpool."