Liverpool tampil aksi "sempurna" -- Klopp

By Russell Greaves 12 February 2017
Liverpool tampil aksi

LIVERPOOL 2 TOTTENHAM 0

Jurgen Klopp memuji reaksi "sempurna" daripada Liverpool untuk menamatkan kemarau tanpa kemenangan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menewaskan Tottenham 2-0 di Anfield.


Sadio Mane muncul wira The Reds dengan menjaringkan dua gol dalam tempoh 138 saat pada babak pertama perlawanan untuk merapatkan kedudukan dengan penghuni tangga kedua itu dengan perbezaan satu mata.

"Ia merupakan cara kami untuk menewaskan Tottenham," kata Klopp. "Kami perlu bangkit selepas gagal mempamerkan aksi cemerlang sejak kebelakangan ini.

"Kami mampu menambah jaringan. Saya amat berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan oleh Jordan Henderson, Georginio Wijnaldum dan Roberto Firmino.

"Saya dapat melihat kesukaran pasukan lawan untuk mengawal kami dalam babak pertama perlawanan, kami mempamerkan persembahan yang hampir sama seperti pada awal musim.

"Saya yakin Liverpool berpotensi untuk memberikan yang lebih baik, peluang seterusnya adalah ketika bertemu Leicester."

About Author

Russell Greaves

Comment