Jurgen Klopp berkata rekod bersih Liverpool bergantung kepada "persembahan 100 peratus" kerana menjangkakan ujian sukar menentang Manchester City hari ini.

The Reds tidak tewas dalam 10 pertemuan berdepan enam pasukan teratas liga musim lalu, meraih seri dan menang sebanyak lima kali sebelum melakar kemenangan 4-0 ke atas Arsenal.

Kunjungan ke Stadium Emirates berdepan skuad bimbingan Pep Guardiola itu malam ini, Klopp percaya ia bakal menjadi aksi Liverpool yang paling mendebarkan bagi musim ini.

"Apakah rahsia berdepan pencabar utama takhta liga? Kerja keras, perancangan yang rapi dan tuah pada masa yang tepat," kata Klopp.

"Berdepan City akan menjadi yang aksi yang paling sengit. Tanpa persembahan yang terbaik, kami tidak akan berpeluang. Mereka juga mampu beraksi dengan cemerlang.

"Sukar untuk berdepan mereka kerana beraksi dengan sistem yang berbeza -- sesuatu yang sering dilakukan oleh Guardiola untuk menyukarkan pihak lawan."