Roberto Firmino menegaskan pentingnya kebangkitan Liverpool dalam aksi berdepan Brighton and Hove Albion malam ini selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut pada permulaan tahun 2019.

Kelebihan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu berkurangan kepada empat mata selepas mengalami kekalahan 2-1 kepada Manchester City minggu lalu sebelum tersingkir daripada saingan Piala FA apabila tewas kepada Wolves dengan keputusan yang sama.

Perubahan dalam kesebelasan utama skuad Jurgen Klopp itu ketika menghadapi aksi di Stadium Molineux merupakan perbualan hangat tetapi pengurus itu akan menurunkan barisan terbaik ketika The Reds berkunjung ke Stadium Amex.

"Ia akan menjadi perlawanan yang sukar. Kalah adalah sesuatu yang mahu dielakkan oleh mana-mana pasukan, ia menggugat semangat pasukan," kata Klopp.

"Tetapi kami perlu bangkit. Kami telah berusaha untuk membuat persiapan menghadapi perlawanan ini.

"Persaingan dalam EPL sangat kompetitif, setiap pasukan bersedia untuk memberikan yang terbaik."