Liverpool merindui Allen -- Klopp

By Jack Davies 24 December 2016 63
Liverpool merindui Allen -- Klopp

Jurgen Klopp mengakui Liverpool merindui Joe Allen selepas pemain kebangsaan Wales itu mengambil keputusan untuk menyertai Stoke City setelah tamat saingan liga musim lalu.

Allen berhijrah ke Stadium bet365 selepas beraksi cemerlang di Euro 2016 selepas gagal memikat Brendan Rodgers dan Klopp untuk beraksi dalam kesebelasan utama di Anfield.

Pemain berusia 26 tahun itu mempamerkan aksi yang menyerlah dengan menjaringkan lima gol dalam 16 penampilan Liga Perdana Inggeris, hingga pengurus Stoke, Mark Hughes, mempersoalkan bagaimana Liverpool boleh melepaskan pemain berkualiti seperti Allen.

"Adakah kami merindui Joe Allen? Ya," kata Klopp. "Dia merupakan seorang pemain yang agresif.

"Kami mengetahui setiap kualiti dimilikinya, dia merupakan impak yang besar di Stoke.

"Ia merupakan satu keputusan yang biasa. Allen tidak mendapat waktu bermain yang secukupnya.

"Jika Liverpool menjual pemain, mereka akan memberikan impak kepada kelab seterusnya. Tidak mengapa jika anda meninggalkan kami, anda harus tonjolkan kepada kami apa yang telah anda pelajari."

Walaupun kecederaan melanda pemain utama Liverpool seperti Philippe Coutinho dan Joel Matip, termasuk Sadio Mane yang bakal meninggalkan kelab buat sementara waktu bagi menghadapi cabaran Piala Negara-Negara Afrika, Klopp menegaskan beliau tidak akan tergesa-gesa untuk mendapatkan pemain baru Januari ini.

"Saya tidak mahu memujuk pemain dengan wang. Kami mahu pemain-pemain bersedia untuk meningkatkan mutu permainan mereka.

"Kami sudah memiliki pemain-pemain yang berkualiti dan jika sesiapa mahu menjadi sebahagian daripada pasukan, mereka akan diterima dengan tangan terbuka.

"Kami sentiasa memantau jendela perpindahan tetapi saya sangat gembira dengan skuad yang sedia ada, kami memiliki banyak pilihan."

About Author

Jack Davies

Comment