Liverpool larang pemain bertemu peminat di Melwood

By Staff Writer 7 January 2017
Liverpool larang pemain bertemu peminat di Melwood

Liverpool telah meminta agar pemainnya tidak menurunkan tandatangan atau mengambil gambar bersama peminat di luar pusat latihan Melwood.

Permintaan tersebut dibuat atas faktor keselamatan susulan beberapa insiden yang disebabkan oleh individu yang berkumpul di kawasan jalan raya yang menuju ke arah pusat latihan Liverpool.

Bagaimanapun, pemain yang melanggar permintaan itu tidak akan dikenakan sebarang hukuman sepertimana yang diperkatakan oleh Anfield Memorabilia -- penjual tidak rasmi barangan Liverpool -- menerusi laman Twitter.

Jurucakap Liverpool memberitahu Omnisport bahawa dakwaan tersebut tidak benar sama sekali dan menegaskan bahawa Liverpool tidak akan menghukum pemain jika mereka melanggar permintaan tersebut.

Jurucakap itu turut menekankan bahawa Liverpool akan memberi fokus terhadap aktiviti melawat sekolah tempatan agar peminat muda boleh berjumpa dengan setiap pemain dalam keadaan yang lebih selamat.



About Author

Staff Writer

Comment

Read Next

Coquelin gemar digandingkan dengan Xhaka

By 7 Januari 2017. 1.22 AM