Ryan Kent menyasarkan untuk membarisi skuad utama Liverpool setelah ditawarkan kontrak jangka panjang.

Pemain berusia 20 tahun itu, yang masih belum membuat penampilan pertama dalam Liga Perdana Inggeris, beraksi dalam tujuh daripada lapan aksi pra-musim, termasuk perlawanan berdepan Bayern Munich dan Atletico Madrid.

Selepas menyerlah ketika dipinjamkan ke Barnsley musim lalu, Kent percaya dia mampu mencetus impak di Anfield kali ini.

"Memberi komitmen kepada Liverpool adalah satu perkara yang amat besar, jadi sudah tentu saya berharap dapat menjadi pemain utama," Kent bercakap kepada LFCTV.

"Ini adalah pasukan yang saya impikan untuk bermain sejak saya berusia tujuh tahun.

"Ketika dipinjamkan, saya mengutip pengalaman berharga, terutama musim lalu, apabila saya membuat 30 penampilan bersama Barnsley. Saya tidak sabar untuk menunjukkan kemampuan saya."