Lima pasukan teratas makin terancam dengan kebangkitan United -- Herrera

By Dejan Kalinic 8 February 2017
  Lima pasukan teratas makin terancam dengan kebangkitan United -- Herrera
Pemain tengah Manchester United, Ander Herrera, percaya lima pasukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) kini semakin gusar dengan kebangkitan pasukannya. 

Anak buah Jose Mourinho kini menduduki tangga keenam liga dengan hanya dipisahkan lima mata di belakang pasukan di kedudukan kedua, Tottenham Hotspur, selepas 24 perlawanan. 

Herrera berasakan pasukan yang berada di atas United kini mengambil langkah berwaspada selepas United meneruskan rekod 15 perlawanan tanpa kalah.

"Enam pasukan teratas liga, termasuk Everton, kerana mereka sebuah pasukan mantap, menjadikan saingan kali ini sangat sengit," katanya. 

"Kami mahu berada dalam kelompok empat terbaik dan masih banyak baki perlawanan untuk diharungi tapi saya rasa kami dalam keadaan baik ketika ini.

"Mereka boleh nampak Manchester United sedang menghambat mereka."

Herrera memainkan watak penting di bahagian tengah United musim ini dengan membuat 21 penampilan. 

Anggota pasukan Sepanyol itu, bagaimanapun, belum menghasilkan sebarang gol dalam kempen ini berbanding mencetak sembilan gol sepanjang dua musim yang lalu. 

"Semua pemain mahu membantu pasukan dengan menjaringkan gol. Saya juga cuba," katanya lagi. 

"Kadang-kala percubaan saya menepati sasaran, ada kalanya tidak. Saya sentiasa meningkatkan prestasi saya. Saya mahu terus membantu pasukan."

United akan menyambut Watford di Old Trafford pada Sabtu ini untuk pertemuan EPL. 


About Author

Dejan Kalinic

Comment