Bayangkan, kejohanan bola sepak fantasi di mana setiap peserta mewakili pasukan dari 4 liga negara berlainan, bukan sahaja dari liga utama, tetapi liga kedua dan sehingga ke liga ke tiga.

Oleh itu, anda akan mempunyai peserta yang mewakili Juventus, Barcelona, Chelsea dan Bayern Munich. Pada masa yang sama ada peserta mewakili pasukan yang bukan anda biasa dengar seperti Verona, Rayo Vallecano, Bradford City, SV Sandhausen dan juga Brighton.

Hasilnya, lebih daripada 300 pemain mewakili lebih 300 kelab yang bertarung setiap minggu, mirip kejohanan yang sebenar.

Bukan sahaja peserta terlibat dalam pertarungan di liga masing-masing, tetapi ada juga kejohanan antara liga, seperti Juara Liga-Liga, Piala Europa, sama seperti realiti. Dan untuk mengumpulkan semua peserta dalam satu arena, terdapat juga kejohanan yang melibatkan SEMUA peserta dari liga masing-masing.

FASelain pertandingan, peserta-peserta sentiasa disajikan dengan berita terkini, aspek menarik yang sentiasa mendapat perhatian peserta. Penghargaan untuk pengurus terbaik bulanan misalnya. Atau pertembungan kelab-kelab menarik. Rekod peserta dengan persembahan terbaik setiap minggu.


MEFC Hall of Fame

Bayangkan jumlah kerja yang perlu dilakukan. Bayangkan berapa banyak masa yang diluangkan untuk manfaat para peserta.

Sama ada dari segi pengiraan markah, membuat rekod keputusan, dan pelbagai update di Facebook untuk memastikan kita sentiasa boleh mengambil tahu tentang segala yang berlaku, Jangan lupa penggunaan photoshop supaya setiap peserta diberi identiti sebagai pengurus kelab masing-masing! Banyak yang telahpun dilakukan, dan pasti banyak akan dilakukan kemudian jua.

MEFC Europa League

Undang-undang kejohanan juga ditulis dengan cukup professional, terdapat rekod-rekod yang boleh kita semak. FAQ pun ada!

Bolehkah anda bayangkan dedikasi yang diperlukan untuk mengendalikan kejohanan seperti ini?

Itulah dia Liga Fantasi Malaysian European Fan Club atau MEFC. Kejohanan yang melibatkan 4 liga berlainan dan sehingga tiga divisyen.

Hadiah? Hadiah ada, itupun kebanyakannya disumbang oleh pemain-pemain sendiri. Terus terang dikatakan yang ramai bermain bukanlah bermotivasi untuk mendapat hadiah, tetapi untuk mencapai kegemilangan dan meningkatkan prestasi pasukan fantasi masing-masing. Meskipun begitu, sebarang penajaan sentiasa dialu-alukan!

Pasti ada yang mengatakan yang pertandingan seperti ini sentiasa ada. Apa yang hebat sangat? Kalau nak tahu, yang hebatnya adalah jawatankuasa yang membantu menjayakan kejohanan ini langsung tidak dibayar. Mereka mempunyai pekerjaan masing-masing, dan ada yang telah berkeluarga. Namun, mereka sanggup menghabiskan masa mereka untuk memastikan peserta sentiasa terhibur dan terlibat dalam kejohanan MEFC.

Di sini saya ingin merakamkan sedikit penghargaan untuk jawatankuasa yang sentiasa bekerja keras untuk menjayakan kejohanan MEFC:

Chairman: Zoul Bucker
Vice Chairman + MEFC Italy Director: Qayyum Ramli
Technical Directors: Kareem Benzeiri and Isfandi Adi
Regulatory Director: Hakam Shahad
MEFC England Director: Ono Fizio Syida
MEFC Spain Director: Ibnu Syauqer
MEFC Germany Director: Ngantukler Plak
MEFC Division 2 Director: Omar Azman
MEFC Division 3 Director: Anaz Van Cruz

Tanpa mereka, kejohanan seperti MEFC tidak mungkin dapat dijayakan. Selaku pengurus Hull City dalam pertandingan ini, dan bagi pihak peserta saya ucapkan terima kasih!

Nota: Ini bukanlah satu-satunya pertandingan dalam komuniti bola sepak fantasi di Malaysia. Ada banyak lagi yang dijayakan oleh mereka yang juga penuh dedikasi seperti jawatankuasa MEFC. Cuma saya mengetengahkan pertandingan ini kerana ia mempunyai pelbagai lapis, dan merupakan contoh pengurusan kejohanan fantasi yang sangat baik. Jika anda berminat menyertai mana-mana kejohanan bola sepak fantasi di Malaysia, layari laman Facebook di bawah untuk bantuan lanjut:

https://www.facebook.com/groups/KakiFantasyFootball/