Leicester terlalu kuat untuk kami - Pardew

By Ryan Benson 23 October 2016
Leicester terlalu kuat untuk kami - Pardew

LEICESTER CITY 3 CRYSTAL PALACE 1

Alan Pardew menyifatkan Leicester City, dengan rentak permainan lajunya,  terlalu kuat untuk Crystal Palace ketika tewas 3-1 di Stadium King Power, semalam.


Leicester, yang gagal meraih sebarang kemenangan dalam tiga perlawanan sebelum ini, akhirnya kembali mencipta kemenangan. Shinji Okazaki, Ahmed Musa dan Christian Fuchs berjaya meledak jaringan.

Yohan Cabaye menghadiahkan gol sagu hati buat pasukan pelawat lima minit sebelum perlawanan tamat, Pardew menyifatkan pasukannya bergelut untuk mencipta peluang di depan gol.

"Ia bukan satu keputusan yang kami inginkan," kata Pardew. "Kami bermula dengan baik, percubaan kami terkena palang gol dan ia mampu mengubah keputusan perlawanan ini.

"Leicester telah meningkatkan intensiti permainan pada baki 20 minit separuh masa pertama dan kami gagal mengawal gerakan mereka.

"Dalam separuh masa kedua, kami mempunyai banyak peluang namun gagal untuk mengambil kesempatan.

"Kami bermain dengan baik tetapi kelajuan dan kekuatan mereka terlalu banyak untuk kami. Sebab itu mereka adalah juara musim lalu."

About Author

Ryan Benson

Comment