Pemain Nigeria, Kelechi Iheanacho, akhirnya meninggalkan Manchester City untuk menyertai juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2015/16, Leicester City.

Iheanacho bersetuju untuk ke Stadium King Power menerusi satu perpindahan yang tidak dinyatakan jumlahnya, namun dianggarkan kira-kira GBP25 juta (RM140 juta).

City juga dilaporkan meletakkan klausa pembelian semula terhadap Iheanacho selepas mengambil kira prospek perkembangan yang dimiliki oleh pemain berusia 20 tahun itu.

“Saya berasa bagus dan gembira untuk berada di sini,” kata Iheanacho.

“Amat gembira untuk bercakap dengan pengurus, mengetahui apa yang pasukan mahukan.

“Ia memberikan keberanian dalam diri serta keyakinan tinggi untuk cepat menyesuaikan diri di sini,” tambahnya.

Sejak melakukan penampilan pertama buat City dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ogos 2017, Iheanacho telah menjaringkan 21 gol dalam semua kejohanan.