Leicester sahkan tulang tangan Schmeichel retak

By Harry West 3 November 2016
Leicester sahkan tulang tangan Schmeichel retak
Leicester City mengesahkan penjaga golnya, Kasper Schmeichel, mengalami keretakan di tulang tangannya menjelang pertemuan dengan West Brom dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), Ahad ini. 

Schmeichel ditimpa kecederaan itu ketika memperkuatkan Leicester dalam kempen Liga Juara-Juara menentang Copenhagen yang berakhir dengan keputusan seri 0-0. 

"Tonggak antarabangsa Denmark itu mengalami kecederaan tangan kanan pada separuh masa pertama ketika seri tanpa jaringan di Stadium Parken.

"Dia akan berjumpa dengan pakar perubatan selepas pulang ke United Kingdom (UK) bersama pasukan," demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan Leicester. 

Ia merupakan kekecewaan kedua Schmeichel musim ini, selepas dia turut terlepas dua aksi liga akibat kecederaan kepala. 

Sejak awal musim lalu, Schmeichel memainkan cukup penting dalam kempen menakjubkan Leicester menerusi rekod cemerlang dengan 17 perlawanan tanpa dibolosi, di belakang Petr Cech yang lebih unggul dengan rekod 20 perlawanan dan David De Gea, 19 perlawanan. 
 

About Author

Harry West

Comment